JELEBU – Dua mangsa nahas sebuah paramotor terhempas di sebuah kawasan semak di Purun, Kuala Klawang dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang tadi berjaya dikesan pihak polis. Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dua mangsa terbabit ialah warga Amerika Syarikat (AS), Les Zsort Wrosmarty dan warga Malaysia, Siow Moon Yoew. “Warga AS itu melecur pada bahagian kepala, tangan kanan dan kedua belah kaki, manakala warga Malaysia…









