KAMPAR – Perasaan sedih menyelubungi dua keluarga mangsa banjir di Kampung Cabang Dua Kuala Dipang di sini apabila terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara di Dewan Komuniti Kampung Kuala Dipang hari ini. Mereka yang terdiri daripada 14 individu itu berpindah ke pusat pemindahan sementara setelah rumah masing-masing dinaiki air ekoran hujan lebat sejak pukul 10.20 malam semalam. Seorang mangsa, Maziah Mohd. Nor, 70, berkata, perasaannya cukup sayu apabila terpaksa berada di pusat pemindahan tersebut sedangkan mereka sekeluarga sepatutnya berada di rumah bagi meraikan Aidilfitri. Katanya, pengalaman pertamanya beraya di pusat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya