PUTRAJAYA – Golongan pelajar digesa mengambil dan memanfaatkan peluang dengan menyerap semua ilmu pertukaran teknologi yang wujud dalam industri.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, peluang itu termasuk pengalaman menggunakan reka bentuk ‘integrated circut (IC)’ standard industri.
Menurut beliau, kini adalah masa bagi pelajar untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.
“Sistem pendidikan global telah menjalani perubahan-perubahan pesat dan kini, kita sedang memasuki revolusi Industri Keempat (Industri 4.0).
“Ini menekankan pendidikan kelas digital, Internet of Things (IoT) serta Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STREAM),” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Latihan Industri MOE-Intel di sini hari ini.
Inisiatif melibatkan 100 pelajar ijazah sarjana muda dari enam buah unlversiti awam itu merupakan program latihan industri selama 10 minggu yang dijadualkan bermula dari 24 Jun hingga 30 Ogos depan dl Intel Malaysia.
Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada 100 orang pelajar terpilih menggunakan perisian reka bentuk cip. – UTUSAN ONLINE










