Mahathir mahu Bersatu tambah ahli - Utusan Malaysia

Mahathir mahu Bersatu tambah ahli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 12 Jun – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu keahlian parti itu ditambah dengan segera bagi memastikan ia kekal mempunyai kuasa dalam pentadbiran negara.

Jelas Mahathir, tanpa pertambahan ahli, Bersatu tidak akan berupaya untuk terus mendapat sokongan rakyat dan dengan usianya yang sudah tiga tahun, seluruh bahagian serta cawangan perlu diperkasa.

tun
 

Beliau yang juga Perdana Menteri menambah, Bersatu perlu belajar daripada pengalaman pilihan raya umum lalu di mana parti itu hanya memenangi 13 parlimen walaupun bertanding sebanyak 52 kerusi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak menang banyak kerusi kerana Bersatu pada ketika itu masih baru, ahli kita tidak cukup ramai, jadi hubungan kita dengan rakyat terhad, tapi kalau ahli parti kita ramai, pengaulan dengan rakyat lebih meluas.

“Jadi kepada ketua-ketua bahagian, segera tambah ahli kerana tiada makna jadi ketua jika tidak ada pengikut dan saya juga tidak akan menjadi Perdana Menteri jika calon kita kalah pilihan raya,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sejuta Kenangan Bersatu di sini malam ini.

Majlis itu dianjurkan antaranya bagi mengumpul dana untuk Bersatu dan sebanyak RM5 juta berjaya dikumpul hasil program tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini