KUALA LUMPUR – Walaupun tidak mendapat kerjasama baik daripada Pejabat Kedutaan Besar Mesir ke Malaysia di sini, sebuah pertubuhan kerajaan (NGO) mewakili 32 pertubuhan Islam tekad menyerahkan memorandum bantahan terhadap kematian dan penganiayaan terhadap bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi di hadapan pejabat kedutaan itu hari ini. Gerakan Malaysian 4 Egypt (M4E) menyerahkan memorandum berkenaan menerusi peti surat pejabat berkenaan setelah mendapati kakitangan pejabat itu enggan mengadakan pertemuan. Pengerusi M4E, Abd.…









