Luluskan UEC: Gerakan hantar memorandum - Utusan Malaysia

Luluskan UEC: Gerakan hantar memorandum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan meneruskan usaha mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan menghantar satu memorandum rasmi untuk diteliti Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC).

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai memberitahu, memorandum komprehensif yang mengandungi 13 pendirian dan 11 cadangan parti itu diusulkan bagi memberi pemahaman kepada sesetengah pihak yang salah faham dengan UEC dan menjadikannya sebagai isu politik serta perkauman.

Dominic malah menegaskan tiada sebab untuk kerajaan tidak mengiktiraf UEC sedangkan sijil yang telah wujud selama 44 tahun itu telah pun melahirkan 625,000 pelajar dan diterima oleh universiti terkemuka antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita telah katakan isu ini adalah isu pendidikan, bukannya politik mahupun perkauman. Kita juga difahamkan kerajaan terdahulu dan PH ketika ini pun secara tidak langsung telah mengiktiraf UEC dengan memberikan bantuan dan sebagainya.

“Malah, kita juga boleh katakan pengiktirafan terhadap UEC tidak langsung bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Apa yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mengiktiraf kepelbagaian aliran sekolah dalam negara juga menjadi bukti UEC tidak langsung memberi apa-apa percanggahan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini