LTAT pertahan pendirian tolak resolusi - Utusan Malaysia

LTAT pertahan pendirian tolak resolusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menjelaskan keputusan yang dibuat untuk menolak resolusi pertama kedua dan ketiga pada me­syuarat agung tahunan (AGM) FGV Holdings Bhd. bagi melindungi kepentingan pemegang sahamnya terutama anggota Angkatan Tentera.

LTAT berkata, keputusan itu juga diambil dengan mengambil kira keadaan ekonomi dan kedudukan kewangan semasa FGV.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berpendapat imbuhan pengarah sepatutnya sepadan dengan keadaan semasa di FGV dan prospek masa hadapannya.

“Kami ingin menekankan bahawa keputusan ini tidak diambil ringan dan dicapai selepas melakukan perbincangan dan rundingan yang cukup besar. Malah, kami percaya lembaga pengarah di FGV akan memastikan LTAT mempunyai perancangan untuk memperbaiki prospek FGV,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Pada AGM FGV Selasa lalu, tiga pemegang saham FGV iaitu Felda, Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan LTAT yang mewakili 39.95 peratus ekuiti di dalam FGV telah menolak empat resolusi semasa mesyuarat agung tahunan syarikat itu.

Resolusi tersebut ialah pembayaran yuran para Pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019; pembayaran sebahagian yuran para Pengarah berbayar mulai 26 Jun 2019 hingga AGM seterusnya; pembayaran faedah-faedah berbayar mulai 26 Jun 2019 hingga AGM berikutnya dan pemberian kuasa kepada para Pengarah untuk untuk me­ngumpulkan dan menerbitkan saham menurut Seksyen 75 Akta Syarikat 2016.

Pengerusi FGV, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, Lembaga Pengarah telah bekerja keras dalam tempoh lebih setahun setengah ini bagi melaksanakan pelan perubahan yang mampu menyumbang kepada kemapanan positif untuk FGV.

Beliau berkata, resolusi tersebut tidak menyebut tentang kenaikan yuran Pengarah, malah jumlahnya adalah sama seperti tahun lepas.

Menurutnya, beliau secara sukarela menolak pembayaran yuran Pengarah untuk dirinya bagi membolehkan tiga resolusi diluluskan, namun keputusan pemegang saham tidak berubah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini