ASSEN – Kecederaan belakang yang dialami pelumba Repsol Honda, Jorge Lorenzo selepas terlibat dalam kemalangan pada sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen kelmarin menyebabkan dia terlepas perlumbaan hari ini serta GP Jerman minggu depan. Ketika juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tiga kali itu semakin menemui rentak bersama pasukan baharunya, dia terlibat dalam dua insiden termasuk gagal menamatkan perlumbaan GP Barcelona di Litar Catalunya dua minggu lalu. Lorenzo mengalami kecederaan retak tulang belakang selepas dia terjatuh pada kelajuan 160 kilometer sejam (km/j) pada selekoh ketujuh sehingga memaksanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya