LONDON 1 Jun – Bekas bintang The Reds, Danny Murphy yakin bahawa Liverpool tidak berisiko kehilangan Sadio Mane walaupun Real Madrid mula menunjukkan minat untuk mendapatkan bintang penyerang itu. Pemain berusia 27 tahun itu beraksi cemerlang musim ini dengan meledak 22 gol dalam aksi Liga Perdana untuk berkongsi Anugerah Kasut Emas bersama Mohamed Salah dan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang. Pemain kebangsaan Senegal itu terus mempamerkan aksi cemerlang sejak berhijrah daripada Southampton pada 2016, kekal dalam kesebelasan utama dan merupakan jentera serangan utama bersama Salah dan Roberto Firmino. Mane turut meledak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya