Liverpool perlu ghairah buru kejayaan lagi - Utusan Malaysia

Liverpool perlu ghairah buru kejayaan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Virgil van Dijk mahu melihat Liverpool lebih banyak meraih kejayaan pada musim akan datang selepas memenangi Liga Juara-Juara buat kali keenam.

Liverpool mengesahkan kemenangan tersebut selepas kali terakhir mendakapnya pada 2012 dengan menumpaskan Tottenham 2-0 dalam saingan akhir Liga Juara-Juara, semalam.

Van Dijk, yang juga Pemain Terbaik Tahunan PFA berharap, kemenangan di pentas Eropah tersebut akan menyuntik semangat Liverpool untuk lebih banyak memburu kejayaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia bukan bermakna kami sudah berpuas hati. Sejak Julai (tahun lepas) lagi kami sudah mula bekerja keras demi meraih gelaran, bukan hanya bersaing di Liga Juara-Juara, tetapi kami inginkan piala itu.

“Kami mahu pengalaman seperti malam ini dapat dirasai sekali lagi,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini