LONDON – Liverpool akan memulakan kempen pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris bagi musim 2019/20 pada 9 Ogos ini di Anfield menentang Norwich City, dalam usaha skuad bimbingan Jurgen Klopp itu mengintai kedudukan teratas carta liga.
Juara Eropah itu terlepas gelaran domestik, musim lalu, dan perlu mengelak daripada mengulangi kesilapan sama sekiranya berhajat untuk menyingkirkan skuad bimbingan, Pep Guardiola, Manchester City buat kali ini.
Liverpool akan bertandang ke Southampton selepas perlawanan menentang Norwich, sebelum berdepan Arsenal dan Chelsea antara pertemuan dengan Burnley dan Newcastle pada awal musim.
Bagaimanapun, Klopp mungkin bimbang dengan jadual perlawanan yang menyaksikan Reds bertandang ke Arsenal dan melayan kunjungan Chelsea dalam tiga perlawanan terakhir, sebelum beraksi di Newcastle.
Pertembungan tradisi menentang Manchester United dijadualkan berlangsung pada 19 Oktober di Old Trafford dan 18 Januari bagi pertemuan di Anfield.
Everton pula akan bertandang ke Anfield pada 4 Disember, sebelum skuad bimbingan Klopp berkunjung ke Goodison Park, 14 Mac tahun depan. – AGENSI











