Liverpool cuba dapatkan Nabil Fekir - Utusan Malaysia

Liverpool cuba dapatkan Nabil Fekir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 13 Jun – Liverpool masih menaruh harapan untuk membawa masuk Nabil Fekir, 12 bulan selepas perjanjian 53 juta pound (RM280 juta) menemui jalan buntu.

Bagaimanapun, difahamkan juara Eropah itu tidak berminat untuk mendapatkan Nabil sekiranya mereka terpaksa membayar jumlah yang sama seperti dipersetujui oleh Lyon pada tahun lalu.

Bos The Reds, Jurgen Klopp masih berminat mendapatkan khidmat pemain tengah Perancis itu dalam usahanya mencabar Manchester City bagi perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Liverpool berkemungkinan dapat membeli Nabil dengan nilai yang lebih rendah.

Aksi persahabatan Liverpool menentang Lyon di Geneva pada 31 Julai ini bakal menjadi kunci rundingan di antara kedua-dua kelab tersebut, menurut laporan media Perancis, Le Progres. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini