TAPAH – Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 66, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Taman Sri Mas, Bidor di sini semalam. Nahas pada pukul 9 malam itu mengorbankan Chee Kok Choon, 47, yang memandu kereta Proton Wira manakala isterinya, Cheh May Ling, 46, pula patah tangan. Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan itu membabitkan kereta dinaiki pasangan suami isteri…










