BATU PAHAT – Seorang lelaki yang menggunakan siren polis untuk memudahkan perjalanannya meredah kesesakan lalu lintas di Parit Raja, di sini, petang Khamis (6 Jun) sudah ditahan pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, penahanan lelaki berusia 34 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi semalam, susulan satu aduan awam yang dilakukan pada pukul 2.30 pagi hari sama. Katanya, sebuah rakaman video yang menunjukkan kenderaan…










