ALABAMA – Seorang lelaki yang mencetuskan kontroversi kerana memberi makan tupai belaannya dengan dadah jenis methamphetamine ditahan polis baru-baru ini. Mickey Paulk ditahan ketika satu serbuan dibuat di sebuah hotel, di Killen dekat sini. Cubaan Paulk untuk melarikan diri ketika itu gagal selepas motosikal diboncengnya bertembung dengan kereta polis. Polis memberitahu lelaki tersebut turut dikesan menyembunyikan pistol pada tubuhnya. Beliau didakwa atas kesalahan memiliki harta curi, cuba melarikan diri, memiliki…