Lebih 85 peratus diselesaikan - Utusan Malaysia

Lebih 85 peratus diselesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendedahkan, lebih 85 peratus daripada 18,600 aduan serta maklum balas pengguna di seluruh negara berkaitan peningkatan caj bil elektrik berjaya diselesaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan berkata, setakat kelmarin pihaknya menyelesaikan lebih 15,000 aduan dan masih mempunyai baki 3,500 aduan yang dalam proses penyelesaian.

“Seperti saya maklumkan sebelum ini, pihak kami menerima semua ­aduan dan akan siasat sepenuh­nya. Setakat semalam (kelmarin), kami menerima lebih 18,600 aduan dan kira-kira 15,000 aduan berjaya selesaikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari segi penyelesaian, kami nampak ada perkembangan. Selepas atasi semua aduan, kami akan fokus untuk selesaikan siasatan. Baki 3,500 aduan yang belum selesai akan dilakukan siasatan lebih teliti,” katanya ketika menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri TNB 2019 di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB di sini semalam.

Dalam pada itu, menjawab soalan jumlah penalti yang akan dikenakan Suruhanjaya Tenaga, Amir berkata, syarikat utiliti itu masih belum meneliti perkara tersebut dan enggan mengulas lanjut.

“Buat masa ini, saya tidak melihatnya (meneliti) lagi. Namun, apa yang penting, kami selesaikan masalah pengguna terlebih dahulu.

“Setakat ini, berdasarkan siasatan yang dijalankan, jika didapati peningkatan caj bil elektrik berpunca daripada pihak TNB, kami akan pulangkan dengan cara mengkreditkan ­semula ke akaun pengguna,” ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini