KUALA LUMPUR – Atlet olahraga para negara, Abdul Latif Romly berhasrat mempertahankan pingat emas lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 di Dubai, November ini. Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 yang melakar rekod dunia dengan lompatan 7.64 meter pada Sukan Asia 2018, bagaimanapun, tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada dirinya bagi memperbaiki jarak lompatan kerana baru sahaja pulih daripada kecederaan hamstring. “Catatan terbaik saya pada musim ini ialah 7.49 meter pada Terbuka Thailand, baru-baru ini, jadi saya kena lakukan lompatan lebih daripada 7.6 meter…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya