Tentu sudah ramai tahu mengenai ‘kuasa’ netizen di Malaysia berbanding netizen negara lain, ia terbukti apabila pengguna media sosial di negara ini merupakan yang ke-9 tertinggi di dunia. Malah Malaysia di kedudukan kelima tertinggi dunia kuasa beli melalui platform e-dagang. Menurut statistik pada tahun 2017 seramai 23 juta rakyat Malaysia mempunyai akaun media sosial Facebook dan 13 juta pula pemilik akaun Instagram berbanding jumlah penduduk negara ini kesemuanya 32 juta.…










