KEMAMAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu berjaya merampas 104,200 liter minyak diesel sekali gus merupakan rampasan pertama dan terbesar di negeri ini tahun ini. Selain diesel yang dipercayai diseleweng, sebuah kapal dan sebuah lori turut dirampas yang kesemuanya bernilai RM508,400. Pengarah KPDNHEP negeri, Shaharuddin Mohd. Kia berkata, rampasan itu dilakukan dalam serbuan di jeti Sungai Kuang di sini kira-kira pukul 1 pagi semalam. Beliau memberitahu, lima lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 30-an yang terdiri daripada empat kru kapal dan seorang pemandu lori turut ditahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya