Konsesi tol: Siapa yang untung? - Utusan Malaysia

Konsesi tol: Siapa yang untung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Meskipun sesetengah lebuh raya mengenakan bayaran tol, tetapi perasankah anda bahawa bahagian tambah nilai Touch ‘n Go sering kali kita lihat satu barisan yang panjang.

Berbanding membuang waktu selama 30 minit sehinggakan satu jam di atas jalan raya, pengguna kini lebih menghargai masa, justeru, mengambil saranan Waze untuk menggunakan lebuh raya bertol.

Bagi individu yang tinggal di Keramat, Kuala Lumpur dan ­bekerja di Mutiara Damansara, Petaling Jaya misalnya, ada antara mereka rela membelanjakan kira-kira RM20 membayar tol untuk pergi dan balik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak semua orang sanggup menghadap kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan. Apa yang cuba disampaikan adalah lebuh raya bertol kekal menjadi pilihan laluan meskipun poket tidak berapa tebal.

Malah, melihat prapelancaran teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), ini tidak memberi bayangan bahawa tol akan dimansuhkan pada masa akan datang.

Kerajaan Persekutuan pada 21 Jun 2019 telah mengemukakan tawaran bersyarat, tertakluk kepada kelulusan Majlis Jemaah Menteri, untuk mengambil alih empat lebuh raya dengan kos RM6.2 bilion.

Senator Khairul Azwan Harun dua hari lalu turut mempersoalkan langkah kerajaan mengambil alih konsesi lebuh raya ter­tentu yang sudah hampir tamat tempoh seperti ­Lebuhraya Shah Alam (Kesas) yang dijangka tamat dalam tempoh empat tahun.

Beliau juga hairan apabila kerajaan mengatakan mereka mengambil alih konsesi ber­kenaan bagi menyelamatkan rakyat daripada kenaikan kadar tol.

Daripada empat lebuh raya itu, Kesas merupakan lebuh raya dengan konsesi yang paling hampir untuk tamat iaitu pada 18 Ogos 2023.

Bagi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pula, konsesinya akan tamat pada 14 Ogos 2030 sementara Terowong Smart akan tamat pada 31 Disember 2042 manakala Lebuhraya Sprint mempunyai beberapa komponen dan akan tamat antara 15 Disember 2031 hingga 14 Disember 2034.

Sekiranya konsesi tidak dilanjutkan, tol tidak lagi akan dikutip selepas tarikh konsesi luput.

Pengguna lebuh raya mendapat manfaat daripada membayar caj kesesakan, yang dikurangkan secara ketara daripada kadar tol semasa. Tetapi, adakah ini cukup buat rakyat?

Persoalannya, siapakah yang benar-benar untung daripada pengambilalihan konsesi tol ini. Adakah kerajaan atau rakyat? Atau pemilik konsesi tol yang terlibat?

Gamuda Bhd. merupakan pemegang saham terbesar dalam keempat-empat pengendali lebuh raya terbabit dengan memiliki 70 peratus kepentingan dalam Kesas; Sprint (52 peratus); Litrak (44 peratus) dan 50 peratus dalam Smart. Litrak ialah pengendali LDP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini