KUALA LUMPUR 26 Jun – Universiti Malaya yang melonjak kedudukannya ke-70 penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020 baru-baru ini menyasarkan kelompok 50 dunia pada tahun 2025. Sambil melontarkan penghargaan kepada komitmen staf yang tinggi antara resipi utama kejayaan UM, Naib Canselornya, Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Hashim berkata, sasaran awal menerobos benteng 100 universiti terbaik dunia itu adalah hasil daripada Pelan Transformasi UM 2006-2020. “Komitmen staf begitu tinggi…










