KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menyifatkan badan induk kebangsaan itu memerlukan angin perubahan kepemimpinan dalam mesyuarat agung pemilihan penggal 2019-2021, Ahad ini. KOM katanya, wajar memberi peluang kepada Datuk SM Muthu untuk meniupkan angin tersebut apabila mencabar Presiden sekarang, Datuk Karim Ibrahim dalam pemilihan itu walaupun Timbalan Presiden berkenaan turut dianggap sudah agak veteran. “Satu perubahan dalam kepemimpinan KOM mesti…










