KUALA LUMPUR – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mendapat presiden baharu apabila Datuk S. M. Muthu berjaya menewaskan penyandangnya, Datuk Karim Ibrahim pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu sebentar tadi. Muthu yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Presiden KOM, mendapat 21 undi berbanding Karim dengan 18 undi pada pemilihan yang berlangsung di Majlis Olimpik Malaysia. Ini menyaksikan KOM kini di bawak tampuk pimpinan baharu untuk penggal 2019 hingga…










