REMBAU – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhasrat menghantar semula borang pencalonan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) jika dibenarkan bertanding oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS). Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, ia berikutan MPM membuat keputusan untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-22 MPM yang sepatutnya berlangsung hari ini. “Saya akan ikut peraturan. Kalau dibuka semula (pencalonan presiden MPM), saya akan hantar borang. “Jika diteruskan…










