KUALA LUMPUR – Bukan setakat berjaya layak ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo, malah pemanah negara Khairul Anuar Mohamad juga berpeluang bergelar juara dunia dalam acara recurve lelaki buat kali pertama selepas meraih tiket ke pentas akhir Kejohanan Dunia di Belanda sebentar tadi.
Atlet dari Terengganu itu mara ke penentuan pingat emas selepas menundukkan Ruman Shana dari Bangladesh 7-3 dalam saingan separuh akhir.
Menantinya di pentas akhir adalah Brady Ellison dari Amerika Syarikat yang akan berlagsung Ahad ini kira-kira pukul 10 malam waktu Malaysia.- UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…










