KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran pegawai kanannya hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran tersebut melibatkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader yang akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Arahan pertukaran itu berkuat kuasa 15 Julai depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE










