Tiada sebarang penyakit yang dikesan pada tubuh badan namun anda seringkali mudah merasa letih dengan tahap keletihan yang melampau walaupun hanya melakukan kerja-kerja ringan. Jika berehat juga gagal menghilangkan keletihan tersebut maka anda kemungkinan menghidap sindrom keletihan kronik (CFS). Menurut Pakar Perunding Neurologi Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Lim Poh Hin, CFS merupakan sejenis penyakit kronik yang berpanjangan dan sukar disembuhkan. DR. LIM POH HIN Turut dikenali sebagai myalgic encephalomyelitis…










