BERMULA sebagai pelanggan yang ingin untuk membeli perabot di Aliff Syukri Palace milik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman melalui Instagram Live, hati Muhammad Syafiq Mohammad Fuad, 25, terdetik untuk mengenali lebih lanjut mengenai aktiviti perniagaan usahawan tersebut. Sekitar November 2018, ahli perniagaan muda itu mengambil keputusan menjadi Master Partner di bawah jenama AS Legacy. Dalam tempoh empat bulan sahaja, anak kelahiran negeri Jelapang Padi tetapi membesar di Johor itu berjaya merekodkan nilai jualan mencecah RM4 juta sekali gus melayakkannya mendapat hadiah kereta Ford Mustang selaku Master Partner Terbaik AS Legacy…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya