KULIM – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) telah dapat menghapuskan budaya mengugut peniaga untuk memberi wang kepada kerajaan. Beliau yang juga Pengerusi PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, amalan rasuah seperti mengugut peniaga dalam urusan pemberian visa perlu dihapuskan. Kata beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi, jika perkara ini dan amalan rasuah lain dapat dilakukan di peringkat kerajaan, negara akan menjadi maju.…










