Keputusan tawaran matrikulasi diumum esok - Utusan Malaysia

Keputusan tawaran matrikulasi diumum esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Keputusan tawaran Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Sesi 2019/2020 akan diumumkan esok pada pukul 12 tengah hari. Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan memaklumkan, sehubungan itu, pelajar-pelajar yang membuat permohonan atau rayuan sebelum ini boleh menyemak keputusan mereka. “Semakan boleh dilakukan dengan melayari laman web kementerian di www.moe.gov.my,” katanya di sini hari ini. Mesyuarat Kabinet pada 29 Mei lalu telah bersetuju untuk menawarkan tempat kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 daripada golongan isirumah berpendapatan rendah (B40) untuk mengikuti program matrikulasi. – UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN