MINGGU lalu hal kelewatan pesawat ke London, malam tadi tular cadangan pengambilan pekerja asing dari Afrika. Nampaknya tanpa diminta, ada saja bahan untuk ‘membawang’ sama ada dalam media sosial atau perbualan di rumah terbuka. Malah jika diundurkan masa, cukup banyak untuk disenaraikan kenyataan ‘bola tanggung’ oleh pak-pak Menteri. Memang ramai anggota Kabinet muka baru tetapi ingat, majoriti mereka bergelumang dalam politik bertahun-tahun lamanya kecuali seorang dua masih mengajar beberapa bulan…










