TELUK INTAN – Sebuah kereta rosak teruk selepas terbabas sendiri dan melanggar penghadang besi jalan di Kilometer 157.3, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu merupakan kemalangan pertama yang berlaku selepas Jajaran Seksyen 8 lebuh raya berkenaan mula dibuka kepada umum pada pukul 6 petang kelmarin. Bagaimanapun, kemalangan tersebut tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa mahupun kecederaan kepada pemandu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak,…










