TELUK INTAN – Sebuah kereta rosak teruk selepas terbabas sendiri di Kilometer 158.3, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini malam tadi. Difahamkan, kemalangan pertama selepas lebuh raya tersebut mula dibuka pada pukul 6 petang kelmarin itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan kepada pemandu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kemalangan pada pukul 10.30 malam itu berlaku ketika kereta jenis Honda…










