PONTIAN – Sebuah keluarga yang sudah membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka rentung dalam kebakaran di Kampung Parit Jamal, Benut, dekat sini awal pagi ini. Tiada apa yang dapat diselamatkan termasuk pakaian dan kelengkapan bagi menyambut hari raya apabila hangus semuanya dan mereka menerima dugaan besar pada penghujung Ramadan ini. Menurut mangsa, Eremi Paing, 47, dia sekeluarga menerima kejadian itu dengan penuh reda dan menerima…










