SETIAP pagi, Muhammad Syafiq Azizi, 27, memulakan tugas membersihkan beras pulut sebelum merendamnya bagi membuat lemang. Lemang dihasilkan oleh anak muda ini bukan lemang biasa-biasa tetapi ia mempunyai keunikannya tersendiri apabila berinti di tengah seakan-akan masakan sushi yang popular di Jepun. Sesuai dengan bentuknya, lemang yang dihasilkan syarikat Awie Enterprise milik ibu Muhammad Syafiq di Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu diberi nama lemang sushi. Menyorot kembali penglibatannya dalam perniagaan lemang,…










