GEORGE TOWN – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kedai yang berniaga di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana menjual air mineral pada harga melampau dan mengarahkan pengusahanya mengkaji semula harga jualan tersebut. Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Asmayabu Khalib berkata, pihaknya akan membuat pemantauan secara berkala bagi memastikan pengusaha kedai itu mematuhi dan meletakkan harga jualan barangan yang munasabah. “Kami merujuk kepada laporan Bernama pada 19 Jun lepas yang melaporkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa sebuah kedai di HPP menjual air mineral pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya