KUALA LUMPUR – Kedah, Melaka, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Selangor bakal meneruskan kemaraan bagi merebut kejuaraan Piala Tun Sharifah Rodziah 2019. Juara bertahan, Kedah yang menerajui takhta liga akan bertemu Selangor manakala Melaka pula bertembung dengan PDRM dalam aksi separuh akhir pada 6 Julai ini. Kedua-dua aksi separuh akhir itu akan berlangsung di Stadium MMU, Cyberjaya. Dalam aksi hari ini, Kedah mudah menundukkan ATM 3-0 manakala PDRM melakar kemenangan…