Pengambilalihan konsesi tol kini semakin menjadi perbualan hangat susulan pengecualian tol yang dijanjikan di dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 hampir menjadi realiti tidak lama lagi. Meskipun begitu, adakah ia semudah ABC? Adakah dengan usaha kerajaan untuk mengambil alih tol akan meringankan beban banyak pihak? Kerajaan sebelum ini sudah menegaskan bahawa caj kesesakan bakal dikenakan bagi menggantikan pembayaran tol. Bagaimana ini akan memberi impak kepada rakyat? Wartawan Utusan Malaysia, NUR…










