CHICAGO 27 Jun – Kecacatan baharu telah dikesan dalam sistem komputer pesawat Boeing 737 Max. Lapor CNN, sumber memberitahu pendedahan dibuat setelah beberapa ujian simulator penerbangan dilakukan. Operasi pesawat versi baharu itu dihentikan pada Mac selepas dua pesawat jenis itu milik Lion Air dan Ethiopian Airlines terhempas. Insiden malang itu masih disiasat namun laporan awal mendedahkan sistem stabiliti gagal menstabilkan pesawat dan mengakibatkan nya dalam keadaan menjunam. Boeing mengumumkan pihaknya…










