PUTRAJAYA – Hampir 60 peratus kebakaran kediaman yang berlaku pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara berpunca daripada elektrik, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Amer Yusof. Rekod jabatan itu menunjukkan kebakaran kediaman akibat elektrik dalam tempoh tersebut pada 2016 berjumlah 293 kes (56.7 peratus), 253 kes (54.8 peratus) pada 2017 dan meningkat kepada 365 kes (58.5 peratus) pada 2018, katanya. Menurutnya, antara…