KUALA LUMPUR – HSBC Private Banking mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.5 peratus pada 2019 dan 4.3 peratus pada 2020 disokong oleh penggunaan swasta meskipun persekitaran perdagangan global yang tidak menentu.
Ketua Strategi Pasaran, James Cheo berkata, ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan berbanding apa yang difikirkan oleh orang ramai.
“HSBC Private Banking menjangkakan penggunaan swasta kekal satu daripada pemacu utama pertumbuhan bagi tahun ini, dipacu oleh pasaran buruh yang stabil dan dasar fiskal serta kewangan yang menggalakkan,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…










