Kapal tangki meletup: 44 anak kapal terselamat - Utusan Malaysia

Kapal tangki meletup: 44 anak kapal terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUSCAT – Kira-kira 44 anak kapal berjaya diselamatkan selepas mengosongkan dua buah kapal tangki yang diserang bahan letupan dipercayai roket dekat perairan Teluk Oman, hari ini.

Lapor BBC, pengendali kapal memberitahu,kesemua kru bagi kapal Kokuka Courageous dan Front Altair telah berjaya dipindahkan pasukan penyelamat Iran dan ditempatkan di Pelabuhan Jask.

Punca letupan di laluan minyak paling sibuk di dunia itu masih belum dapat dipastikan ketika kedua-dua kapal itu masih terapung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Inisden itu berlaku sebulan selepas empat kapal tangki diserang di luar Emiriah Arab Bersatu (UAE).-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini