MELAKA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka/Negeri Sembilan menahan sebuah kapal dagang yang bersauh tanpa kebenaran pada kedudukan 2.8 batu nautika (5.1 kilometer) dari Barat Daya perairan Banda Hilir dekat sini semalam. Pengarahnya, Kepten Maritim Amran Daud berkata, dalam kejadian pukul 7 malam, kapal dagang yang berdaftar di Pelabuhan Klang, Selangor itu dikesan berlabuh tanpa kebenaran di perairan Melaka oleh sepasukan anggota peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan…










