Kanak-kanak tambah berat untuk selamatkan bapa - Utusan Malaysia

Kanak-kanak tambah berat untuk selamatkan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 13 Jun – Seorang kanak-kanak menerima pujian ramai pihak atas kerelaannya menambah berat badan dengan makan lebih banyak demi menyelamatkan nyawa bapanya yang kini menderita leukemia.

Lapor Oddity central, ayah Lu Zikuan, 11, menderita penyakit tersebut sejak tujuh tahun yang lalu dan menjalani rawatan serta mengambil ubat-ubatan untuk meneruskan kehidupan.

Namun, kesihatannya merosot secara drastik sejak Ogos tahun lalu dan doktor menyarankan beliau melakukan pemindahan tulang sum-sum untuk terus hidup.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas pemeriksaan dilakukan, Zikuan disahkan sebagai satu-satunya penderma yang sesuai untuk pembedahan itu.

Walaupun masih kanak-kanak, beliau rela melakukan pembedahan tersebut demi menyelamatkan nyawa ayahnya.

Untuk memastikan pembedahan itu berjaya, Zikuan perlu menambah berat badannya sehingga 45 kilogram (kg).

Katanya, beliau telah mula makan dengan lebih banyak untuk mencapai berat yang disarankan sejak Mac tahun ini.

“Kata doktor, untuk membolehkan saya menjadi penderma, saya perlu memiliki berat sekurang-kurangnya 45 kg. Berat ideal adalah 50 kg.

“Walaupun akan menyakitkan, saya akan tetap makan sebanyak mungkin kerana keluarga kami tidak sanggup kehilangan ayah,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini