NEW DEHLI 7 Jun – Hanya kerana lambat melangsaikan hutang sebanyak 10,000 Rupees (RM600), seorang kanak-kanak berusia dua tahun bukan sahaja diculik malah dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak ke dalam longgokan sampah di Aligard, Uttar Pradesh. AFP melaporkan, berdasarkan maklumat awal, datuk kanak-kanak itu dikatakan lambat melangsaikan hutang yang dipinjamnya menyebabkan pemiutang berang dan bertindak menculik cucu perempuannya. Ketua Polis Balai Aligard, Aakash Kulhari memberitahu, pada awalnya, mayat kanak-kanak itu ‘disimpan’ di dalam rumah salah seorang suspek sebelum mereka mengambil keputusan untuk membuang mayat itu ke dalam longgokan sampah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya