KANGAR – Terpaksa menadah air hujan. Itu nasib yang dialami kira-kira 60 orang penduduk di Kampung Desa Permai, Kayang di sini selepas kawasan tersebut mengalami masalah bekalan air sejak lebih sebulan lalu dan lebih malang sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini terpaksa disambut oleh mereka tanpa bekalan asas itu. Meskipun Syarikat Air Perlis (SAP) ada menghantar enam buah tangki air ke kampung berkenaan namun kekerapan penghantaran itu adalah tidak berjadual…










