KOTA BHARU – Seramai 115 pesakit Orang Asli suku kaum Bateq direkodkan menerima rawatan ekoran penularan demam campak di penempatan mereka di Kuala Koh, Gua Musang setakat tengah malam tadi, berbanding 113 pesakit sebelum ini. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Zaini Hussin berkata, dua mangsa terbaharu merupakan pesakit perempuan berusia 11 dan 26 tahun yang pada awalnya dikesan mempunyai simptom sama seperti pesakit lain. Kata beliau, dua pesakit terbabit dikesan mengalami demam tersebut sejak semalam sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk menerima rawatan lanjut dan setakat ini, keadaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya