Jumlah kematian di Kuala Koh lebih ramai - Armada - Utusan Malaysia

Jumlah kematian di Kuala Koh lebih ramai – Armada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kelantan yakin jumlah kematian Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan diyakini melebihi daripada yang dilaporkan media.

Ketuanya, Asran Alias berkata, berdasarkan penemuan mayat seperti yang dilaporkan, tragedi itu telah berlaku dalam tempoh yang lama.

Kata beliau, ia berdasarkan penemuan beberapa mayat yang telah reput menunjukkan ia bukan bermula bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kementerian Kesihatan didesak supaya mengaktifkan jawatankuasa kemudi dan teknikal iaitu Pelan Tindakan Kesihatan Alam Sekitar Kebangsaan dengan kadar segera.

“Pada masa sama, kajian impak sosial perlu dibuat oleh badan bebas bagi melihat punca sosial dan kesan daripada kematian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Utusan Online hari ini melaporkan pasukan pencari berjaya menemui rangka mayat pertama daripada 12 penduduk Orang Asli suku kaum Batek pada pukul 4.30 petang semalam.

Tulang tersebut ditemui dalam keadaan berselerakan di atas tanah oleh pasukan yang terdiri dari Bahagian Siasatan Forensik Bukit Aman dan pasukan forensik Kementerian Kesihatan dengan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), penunjuk arah daripada masyarakat Orang Asli suku kaum Batek dan agensi lain.

Mayat ini ‘disimpan’ mengikut adat suku kaum Batek dengan digantung dan diletakkan di atas pokok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini