LANGKAWI – Seramai 28 individu termasuk dua orang wanita ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri selepas dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Pulau Tuba, di sini, semalam. Dalam operasi di dua lokasi yang dijadikan port melepaskan ketagihan itu, dua daripada mereka ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 17 gram heroin. Ketua JSJN negeri, Superintenden Helmi Aris berkata, 18 lelaki ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) akta…










