LONDON – Ejen kepada Jorginho mendedahkan ada kemungkinan besar pemain tengah Chelsea itu akan menyertai Maurizio Sarri di Juventus. Ejen berkenaan Joao Santos berkata, biarpun pemain itu tidak secara rasmi meminta untuk berhijrah namun perpindahannya merupakan sesuatu yang tidak boleh diketepikan. “Chelsea mengikat kontrak empat tahun dengan pemain tersebut dan kini kami masih menunggu beberapa hari lagi sebelum membincangkan mengenai isu berkaitan perpindahan. “Buat masa ini, Jorginho memberitahu dia gembira bersama Chelsea,” kata Santos. Pemain berusia 27 tahun itu dilihat tidak berupaya menyesuaikan diri dengan baik bagi saingan dalam kempen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya